PERMAISURI di hati kau [(cerpen ku) baca taw....]

Friday, April 15, 2011 Zul Han Na ^_~ 9 Comments

Aku duduk sorang-sorang kat luar rumah.Bunyi air terjun di hadapan rumahku lansung tak aku hiraukan.

Ah! Peningnya kepala. Apa patut aku cakap kat dia nanti? Patut ke aku pergi ke bandar esok ?

Aku memikirkan alasan yanng sesuai untuk mengelak dari pertanyaan mereka esok. Aku malas nak keluar rumah.

Tiiing! Idea sudah sampai dalam kepala! Walaupun idea aku mungkin tak seberapa bernas tapi aku akan cuba.

" Kau jadi tak pergi petang ni ? " Aida berdiri di hadapan aku mengharapkan jawapan. Sah dia nak tahu juga apa keputusan aku. Mengharap betul muka dia

"Errr...aku tak sihatlah ari ni. Aku pening. Lain kali je lah ye.", aku tersengih.

Aida menjeling tajam ke arah ku. Hai,doa sajalah yang aku akan terlepas dari semua ni.Takkan dia tak tahu yang aku ni lebih prefer duduk rumah. Bukannya sebab rumah aku tu besar ataupun tidak. Masalahnya yang dia nak pergi bandar siap ajak mamat tu buat apa. Seganlah aku nanti.

"Betul ke ni? Tadi aku tengok kau bukan main happy go lucky lagi.Macam mana pula boleh tak sihat tiba-tiba? Emm tak panas pun dahi kau ", Aida meraba dahi ku.

"Memang la.Aku sakit kepala bukannya demam. Aku nak pergi kantin dulu. Sorry lah ye.", aku pusing ke belakang  untuk pergi dari Aida. Lari dulu la sebelum macam-macam soalan dia tanya aku.

"Jadi betul ke kau tak nak ikut kite orang nanti? ", aku terkejut bila aku melihat Haikal yang tiba-tiba berdiri tegak dibelakang aku sambil berpeluk tubuh. .Pastinya dia mendengar perbualan aku.Mati aku kali ni!

"Err..Yer la.Aku tak sihat. Aku pergi dulu", belum sempat aku melangkah kaki pergi dari situ, Haikal memegang tangan aku dengan kuat.

"Kalau macam tu, jom aku bawa kau pergi klinik", Haikal menarik tangan ku ke garaj kereta.

"Lepaslah!", aku menjerit ke arahnya sambil cuba melepaskan tangan ku yang sudah kemerahan disebabkan genggamannya.

"Pergi atau tak? Kalau kau tak nak pergi aku akan bawa kau ke klinik.Yalah.Tadi kan kau kata kau sakit", Haikal mengugut.Tanganku masih digenggam erat.

"Yalah yalah aku pergi", Haikal melepaskan tanganku.Dia tersenyum manis.Aku meraba-raba pergelanganku yang kemerahan.Kurang asam betul.Tak adil la main ugut-ugut.




"Apa kau kata kat Balqis sampai dia nak ikut kita pergi bandar hari ni?", Aida bertanya kehairanan kepada Haikal yang sedang membelek buku novel. Dia melihat Balqis yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.

"Tak ada apa-apa", Haikal tersenyum penuh makna.

Mungkin hanya aku seorang saja yang tahu tentang ni. Setiap kali pergi ke klinik pasti Balqis akan pengsan ketakutan. Aku sendiri tak pasti sumpahan apa yang dah terkena padanya. Bila aku bertanya pasal ni, pasti dia hanya berdiam diri dan cuba mengubah tajuk perbualan.

"Wei! Dah lama tunggu aku? Sorry la lambat", aku tercungap-cungap kepenatan.

"Hei korang semua!", dari jauh kelihatan Danial sedang melambai-lambai ke arah mereka.Balqis tercengang seketika. Kenapa idola aku ni mesti ikut sekali!

Habislah aku tak dapat nak shopping!Nanti mesti asyik nak pandang dia.Hensemnya dia pakai topi!

"Sape ajak mamat ni?", Haikal merenung tajam ke arah Aida yang sudah tersengih-sengih.

"Nahas kau Aida".



"Aku nak pergi beli buku kejap tau. Korang pergilah mana-mana dulu. Nanti aku contact korang", Balqis berjalan menuju ke arah sebuah kedai buku yang tidak jauh dari mereka.

"Aku ikut minah tu.Tak pasal-pasal pula dia hilang nanti", Haikal yang baru sahaja ingin mengikut Balqis terkejut apabila tangannya di tarik seseorang.

"Tak perlu.Kau ikut Aida.Dia nak pergi bowling kat tingkat atas.Aku ikut Balqis", Danial melepaskan tangan Haikal yang masih kaku mendengar arahan Danial. 

Danial terus pergi ke kedai buku.Dari jauh dia melihat Balqis yang sedang asyik membelek-belek buku-buku di situ.Dia tersenyum.

'Kurang ajar betul mamat poyo ni.Berani dia arah-arahkan aku.Ada hati nak temankan Balqis.Kau tak layak ada di sisi Balqis lah! ' Haikal merengus geram dalam hati.

"Best ke buku tu?", Danial menyapa Balqis dari belakang.

"Best lah juga." Balqis yang terkejut dengan kemunculan Danial hanya menjawab dengan senyuman.

"Apasal dengan mamat poyo tu?Ada hati nak arah-arahkan aku!", rungut Haikal.

"Biarlah dia.Balqis pun suka kat dia", Aida tersenyum ke arah Haikal. Aida merenung ke arah Haikal yang kelihatan tidak tentu arah.

"Apa?Aku tak jeles ok!", Haikal mengangkat tangan seperti menidakkan perasaannya.

"Aku tak kata apa-apa pun", Aida tersengih dan kemudian berjalan meninggalkan Haikal di belakang yang menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Ah ! Terkena lagi. " Haikal merungut. Dia hanya mengikut Aida yang sudah berjalan jauh ke hadapan.





"Nah. Ambil ni.", Haikal menghulurkan ais krim Trophy kepada Balqis.

"Terima kasih", Balqi tersenyum riang,Macam tahu-tahu je aku suka ais krim ni.

"Lepas ni nak buat apa?", Danial yang baru saja duduk di sebelah Balqis bertanya.Matanya tidak lepas memandang Balqis yang sedang leka membuka asi krim yang diberi oleh Haikal.

"Boleh tak kalau aku nak masuk rumah hantu?", Balqis tersenyum menampakkan lesung pipinya.

'Dia memang comel. ' .Haikal tersenyum sendirian.

"Aku tanya ni.Boleh pula kau senyum-senyum." Balqis berpaling ke arah lain.Sakit hatinya melihat Haikal tersenyum-senyum seperti mengingati seseorang.Pastinya perempuan! Ah kenapa aku mesti marah pula?

"Aku tak berani lah.Kau ajak la mamat-mamat ni", Aida menolak ajakan Balqis. Dia tidak sekuat Balqis untuk meredah rumah hantu yang mengerikan tu.

"Tak mungkin.Kau kena juga teman aku!", Balqis terus mendesak Aida.

"Yela", Aida mengalah juga.Dia tahu kalau dia tak setuju pasti kawannya itu menarik muncung yang panjang.Nasib lah kawannya itu comel.Kalau tidak mesti dah serupa dengan itik.

Balqis bersorak riang.Danial yang dari tadi menghilang masih tidak menunjukkan wajah.
Haikal pula hanya menggeleng kepala melihat telatah Balqis.

" Kau nak aku ikut tak? " Haikal bertanya Balqis yang sudah bangun dari duduk. Ais krim yang Haikal bagi juga sudah habis dimakan.

" Tak apalah. Aina ada. "

" Kalau jadi apa-apa jangan menjerit panggil nama aku pula ye " Haikal tersenyum nakal.

" Itu tak mungkin terjadi " Balqis berkata dengan yakin.

" Ok " haikal berlalu pergi dari situ.

" Kau nak pergi mana? "

" Aku nak jalan-jalan kejap. Pergilah berkenalan dengan hantu-hantu dalam tu. Mesti hensem. " Haikal mengenyitkan mata.

Balqis hanya memandang dengan hati yang geram.



Aku memegang erat tangan Aida.Bukannya aku tidak berani masuk rumah hantu tapi rumah hantu ni lain dari yang lain.Hantu-hantu dalam ni jenis kejar orang.Itu yang buat aku seram sejuk tapi aku suka.

"Kau jangan lah pegang-pegang aku.Aku pun takut juga ni" aku terus melepaskan tangan Aida.Mataku meliar melihat sekeliling. Bahaya juga kalau hantu-hantu itu keluar dari tepi aku.

Keadaan rumah hantu yang gelap gelita itu membuatkan kami terpaksa berjalan dengan perlahan kerana takut juga tersungkuh. 

"Aaaaaaaa!" Aida menjerit dan terus berlari keluar dari tempat kami masuk tadi.Aku yang tercengang-cengang melihat Aida yang telah berlari keluar tidak mempu berbuat apa-apa.Berkali-kali aku memanggil nama Aida tapi dia terus berlari. 

Ah!aku sorang-sorang je? Memang nasib akulah agaknya.Pelik juga? kenapa perempuan tu lari?

Aku memandang ke atas dan melihat ada kain putih melayang-layang.Ala baru kain putih je.Apala dia tu. tak 'gentle' langsung. Nak ke tak nak ke, aku kena teruskan . Kalau aku berpatah balik, tak pasal pasal kena kutuk dengan Haikal.

Aku teruskan berjalan di dalam rumah hantu itu.Walaupun aku ketakutan namun aku beranikan diri.aku juga yang beria-ia nak masuk rumah hantu.
Aku terasa aku semakin jauh ke dalam rumah hantu itu.Aku menelan air liur apabila aku terdengar hembusan nafas seseorang di sebelahku.Aku teruskan juga berjalan tanpa menoleh.

Tiba-tiba muncul wajah yang menakutkan di hadapanku.Aku menjerit dan terus berlari ke hadapan.Apabila aku menoleh aku melihat hantu yang menyeramkan itu mengejar ku dari belakang sambil mengilai-ngilai..Aku teruskan berlari tanpa menoleh ke belakang lagi. 

Aku kaku dan tidak mampu berjalan apabila melihat di hadapan ku berdiri seekor hantu yang terlepas dari kandang dengan memakai pakaian yang menakutkan.Mukanya dipenuhi dengan darah yang mungkin adalah cat namun aku tetap takut sebab betul-betul menakutkan.Matanya pula berwarna merah.Sudah lah aku sorang-sorang je dalam rumah hantu tu.

Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah tapak tangan.Aku nak menjerit tapi siapa yang dapat dengar jeritan aku sebab aku dah masuk jauh ke dalam rumah hantu tu.

Nak lari? hantu tu ada kat depan aku dan kaki aku tak mampu bergerak.Aku menggeletar ketakutan.

Tanpa aku sedari tangan aku ditarik seseorang. Aku rasa seperti aku sudah berada dalam pelukan seseorang.Ah!Jangan kata yang hantu tu peluk aku!Aku beranikan diri membuka mata.

Perlahan-lahan aku cuba melihat wajah orang yang memelukku itu.Ah!Aku tergamam apabila Haikal sedang tersenyum memandangku.

"Dah lah.Jangan nangis.Jom aku bawa kau keluar dari sini", Haikal menyapu air mataku menggunakan telapak tangannya.Dia memimpin aku keluar dari situ.

Sepanjang berada di sisi Haikal, sikitpun aku tak rasa takut. Aku rasa selamat.  Sangat selamat. Tapi yang peliknya, dari mana dia datang?

" Macam mana kau... " aku cuba bertanya.

" Aku ekori kau la. Kau ingat aku boleh ke lepaskan kau seorang diri dalam rumah hantu ni? " Haikal tergelak kecil.

" Ish ", aku mendengus geram. Ini tak lain tak bukan nak mengejek aku la ni.

" La. Jangan la marah. Aku cuma suka je melihat kau menangis ketakutan tadi. " semakin galak Haikal menggelakkan Balqis.

aku dan Haikal berjalan di dalam rumah hantu sambil berborak-borak. Hantu yang cuba menakutkan kami ibarat tak wujud. Ibarat kami tidak berada di dalam rumah hantu malah aku merasakan seperti berada di taman bunga.


"Kau tak apa-apa?", Danial menarik tangan aku dari pegangan Haikal apabila aku sudah keluar dari rumah hantu itu.

Aku hanya mengangguk lemah.

"Sudah lah kau Danial!Tadi aku suruh kau masuk tengok Balqis kau tak nak.Nasib baik Haikal ada" Aida menjeling tajam ke arah Danial dan kemudian tersenyum melihat Haikal yang sudah tersengih-sengih.

"Aku lapar la.Jom makan", Balqis menarik tangan Aida. Malas ingin membesar-besarkan masalah kecil. Danial terus terdiam daripada ingin memberikan alasan apabila Balqis bersuara.

"Kau nak makan apa? Biar aku belanja.", Haikal bersuara dan terus berjalan beriringan dengan Balqis/

Danial masih berdiam diri.Memikirkan kesalahannya yang tak nak masuk ke dalam rumah hantu itu. Coklat Cadbury yang dipegangnya dibelek lama.Niat hati nak bagi Balqis coklat ni tapi tak apalah.Mesti dia tak suka aku .Ah! Jantan jenis apalah aku ni!

"Tak apalah", Balqis tersenyum ke arah Haikal.Takut juga lelaki itu kecil hati dengan penolakan aku.



"Terima kasih selamatkan aku tadi", aku berkata perlahan.Aku berdiri di hadapan pintu pagar rumah banglo ku.

"Erm perkara kecil je tu.Tak salah aku tolong kawan aku dalam kesusahan kan?", Haikal merenung ke dalam mata Balqis.

"Yer kawan", Balqis mengangguk perlahan.Dia kecewa dengan jawapan Haikal.Selama ni kau menganggap aku tak lebih dari kawan.Baru aku tahu Haikal.

"Aku masuk dalam dulu", Balqis menuju ke pintu pagar rumahnya.Balqis memandang ke arah Haikal yang sedang tersandar pada keretanya.Balqis membuka pintu pagar perlahan-lahan.

'Ish!Kenapa dia tak kata apa-apa".Balqis merengus dalam hati mengharapkan Haikal bersuara.

"Balqis Amira Syakila?", Balqis berhenti dari melangkah apabila Haikal memanggil nama penuhnya.

"Esok jangan lupa bawa buku aku yang kau pinjam minggu lepas".

"Erm ye la", Balqis mengeluh perlahan.Hampeh betul dia ni.Lain yang aku harapkan dia cakap, lain pula yang dia kata.

"Kau tahu kan aku dah lama suka kan kau.Tapi kenapa aku rasa kau selalu je mengelak dari aku?Aku selalu impikan kau jadi puteri hati aku tapi aku tahu dalam hati kau dah ada Danial", Haikal bersuara perlahan namun Balqis masih boleh mendengarnya.

"Aku tak nak jadi puteri dalam hati kau", Balqis menggeleng dan kemudian tersenyum kelat.Air matanya gugur dengan laju.Apa yang dia rasa saat itu hanya kegembiraan yang dah lama dia inginkan.

"Aku tahu aku tak layak..", belum habis lagi Haikal bercakap Balqis berlari memeluknya.Haikal tergamam dengan tindakan Balqis.

"Aku tak nak jadi puteri dalam hati kau tapi aku nak jadi PERMAISURI dalam hati kau boleh?", Balqis Tersedu-sedu menahan esakan.

Haikal menangguk perlahan.

Aku tergelak kuat.Aku tahu aku sudah memiliki cinta yang aku cari selama ni. Haikal lelaki yang keras kepala.Aku kena ikut semua cakap dia.Walaupun aku tahu ramai yang tergila-gilakan dia tapi aku juga tahu hatinya keras untuk terima mana-mana perempuan melainkan aku.Dia lah hero aku....dan aku ingin menjadi PERMAISURI dalam hati dia untuk selamanya..............

THE END...!









You Might Also Like

9 komen:

NaaS said...

suka cerpen ni!~~sweet sgt2 lah..keep it up!~~

NaaS said...

best2!!~~ sweeet sgt2!!

amboi... jiwangnya cerpen..
nway pandai menulis..
gluck erk

hehe..jiwang ea...huhu..time ksih sbb bace cerpen sye yg xseberape nie

fortunawave said...

Best nyaa..!
suka lah baca!

haha , best !! thumbs up !

VanillaIce said...

bagus! keep it up. lepas ni boleh la tulis e-novel pulak :D

best la zulfah,,aku ase nak je ,,dalam cerpen ini,,,sweet la,,,

best la zulfah,,, aku nak je mcm dalam cerpen kau nie,, huhu !