First day persekolahan

Wednesday, January 04, 2012 Zul Han Na ^_~ 3 Comments


Hari ni memang cabaran ! sudah la semalam tidur tak nyenyak disebabkan nk sekolah. Huh. Aku tahu semua mesti tidur tak nyenyak gak. Almaklumlah kan. Hari pertame sekolah.


Aku sampai sekolah tadi pukul 7.05 lebih kurang laaa. Langit masih gelap. Aku tengok makcik sepet masih tak sampai lagi. Janji macam2. Last2 aku yg sampai dulu. Ciss.

Dan seperti yang tak dijangke , aku ingat perhimpunan tak rasmi ,rupenye perhimpunan rasmi. Dan sperti biase , aku kena bace ikrar di depan . masing masing muka penuh semangat datang sekolah hari ni.

Habis perhimpunan aku tak sangke, aku jumpe cikgu lame aku. Cikgu Fatimah. Woah ! tak sangke jumpe cikgu aku kat situ. Kalau ingat kenangan lame balik , memang aku budak yg agak degil laa. Karangan cikgu tak buat. Tak pernah dengar pon cakap cikgu. Tapi aku ingat satu je. Aku yg rancang buat surprise untuk cikgu sebab hari tu befday cikgu.

Masuk kelas 5 sc hari ni, aura yg lain macam. Almaklumlah kelas peperiksaan kan. Rase berkobar kobar nak belajar. Baju masing masing dah warne warni. Sakit mate tengok kelas sendiri.
Waktu rehat ! ini lah yg paling teruk sekali. Mase aku nak sarung kasut untuk waktu rehat, kasut aku ketat giler ! langsung terbantut mood aku nak g rehat untuk hari pertame. Lepas tu aku mintak tolong my fren yg baik hati ambikkan selipar kat makmal computer. 


Ape yg paling tak di sangke ialah aku kene simbah dekat kantin dengan air. Habis belakang baju aku basah ! so aku geram. Aku pergi kat budak gemok ni nak sepak. Dan buat seketika aku terlupa aku pakai selipar. So aku sepak je dan korang mesti dapat agak ape yg terjadi. 

YE ! selipar aku tercampak  tapi sepakan tak mengena. Ciss ! dieorang sume lari lintang pukang . menyirap !



Yer ye raku memang tak puas hati. Geram punye pasal. Tapi sume tu dah terbalas bile aku gune air botol aku untuk simbah budak tdi tuu (act bkn bdk tpi org tue J ) dan guest what? Haha kene baju die. Orait aku happy kembali J


 


Oleh kerane  pengawas ade perjumpaan jadi kiteorang terpkase stay kat kantin untuk dengar taklimat kejap . dan benda yg memeranjatkan lagi . aku dilantik sbg ketua pengawas ! what? Memang tak jangka tapi aku bersedia. Thankz cikgu. Aku akan pikul tanggungjawab ni sebaik mungkin. J









Sampai situ je la hari aku. Esok aku akan sambung lagi. Btw. Kalau bosan lebih baik jangan bace. Sebab aku nk kumpul story kat dlm blog ni supaye bile aku dah habis sekolah nanti aku akan bukk balik semua coretan aku ni sbg kenangan dan sbg melepas rindu di waktu zaman persekolahan . yeah !

You Might Also Like

3 komen:

Wahhh..,Tahniah la dpt jadi ketua pengawas..,

congrats , bagus + untungnya akak dapat jadi ketua pengawas . . :)

hehe thankz. :)