cooking (?) im tired (!)

Monday, April 01, 2013 Zul Han Na ^_~ 0 Comments

 Okayh, hari ni rumah tak berasap , sebab semalam berasap , masak spagheti carbonara taw, tapi pergi makan kat DIMA ! makanan yang aku masak tak habis . sadis ! 

so aku nekad hari ni , aku tak masak . nak kemas rumah sikit . kemas bilik yang dah macam ... fuuuhh tak tergambar bersepah die . 

kesian girls , kena masak . pada aku masak ni satu penyeksaan walaupun hakikat dia , satu kenikmatan bila masakan kita habis dan dhargai orang. itu kalau sedaplah.      mahu tak seksa, tiap tiap hari nak fikir masak apa. of coz lah nak menu yang menyelerakan , kan ? 

cuba kalau lelaki yang masak ?    apa cer ? memang chef sekarang ramai jugak dikalangan lelaki kan , tapi yang aku maksudkan di sini adalah , jejaka , suami dan duda di luar sana. sila testing one day , amik tempat si isteri dan memasak di dapur dengan 3 jenis lauk yang kaw kaw ! boleh ke ? hahah

teringat pulak kisah mak aku sakit kaki jadi ayah aku ditugaskan memasak hari tu , masa tu pulak sedara datang satu family . tak tentu hala ayah aku cari bahan nak memasak . haha. aku tergelak tengok ayah aku . " mana bawang ? mana cili ? mana serbuk kari ? cepat masuk bawang !  "    
aku pulak jenis tak boleh orang ramai ramai kat dapur bila aku memasak . nak tak nak , aku suruh ayah aku duduk depan dan aku je yang masak . 

see ? thats it ! lelaki.... perempuan ... dua jantina yang berlainan. ahak ! memang lain .. ~ geleng kepala. 

You Might Also Like

0 komen: