Penghabisan di Kota Puteri

Sunday, December 08, 2013 Zul Han Na ^_~ 0 Comments


FINAL EXAM
Pejam celik pejam celik aku dah nak final dekat sini . masuk Unisel masa bulan 10 hari tuh . dua hari final , lepas tu tamatla semester aku dekat sini . Sekarang semua tengah bertungkus lumus siapkan diri nak hadap final exam esok . hihi .

SUASANA TAK SUNYI
suasana rumah memang tak pernah sunyi dengan gelak tawa roomates . sejujurnya aku bahagia dekat sini even banyak gila cabaran yang memang tak boleh blah kat sini . berbanding masa aku form6 dulu , pergh lain rasa nya kat sini . siapa sangka aku jumpa roommates yang gila semuanya . They really made my day full of rainboww  ! gonna miss them next year . sorang roomate yang aku sayang , kak eka . tiap2 hari kejut wa subuh oooww . haha . dan sangat sabar layan kerenah aku . ehem maklumla wa sorang je yang 18 dalam bilik ni . dua lagi roomates dah bergelar AKAK .

BERUBAH
aku mungkin dah berubah . kalau jumpa kawan kawan lama ni , mestii terkejut beruk tengok perangai aku sekarang . well ini yang aku pilih . dan aku bahagia dengan pilihan aku . :) aku pilih untuk jadi ceria dan membahagiakan orang lain untuk mendapat kebahagiaan aku . simple . tak susah pon . lagipun islam suruh kita hidup berkasih sayang dan berfikiran positif .

GENG
pergi balik kampus naik bas mesti berempat . sejak dua menjak ni je dah bertambah lagi sorang . every one of them got their own style and personality . Airine , agak pendiam laa, hanya bila rasa dia nak bercerita baru dia cerita , she's so cute . bila berjalan berempat , tak tahu kenapa dia akan terkedepan sekali and kiteorang pun ikut aje dari belakang sampai tak sedar tah mana2 airine bawak kiteorang ( salah jalan ) dia macam tu . memang aku risau bila dia jalan , sebab dah banyak kali dia nak masuk dalam longkang besar . fuhh .
zura , jugak agak pendiam , bila aku bercerita dia hanya tolong gelak ajee . dan sangat tak suka kalau orang cerita benda2 merepek . fini , great dia teman aku berborak laa lebih kurang . bercerita dengan fini memang seronok sebab fini agak gila2 jugak cuma ikut masa .

You Might Also Like

0 komen: