Chocolate Lasagna

Thursday, May 14, 2015 Zul Han Na ^_~ 0 Comments

Sebab aku cepat lupa resepi, so hari ni dengan gagah mengingat balik resepi semalam. fuh.
semalam gaduh2 dekat wechat lepas aku post gambar chocolate lasagna tuh, memasing nak rasa.
jangan kata nak bagi kawan2, buka peti ais da tinggal separuh, my family da bedal dulu. okay stop chot chet.



Bahan A

3 sudu butter
biskut orea satu batang

- cairkan butter dengan cara double boiler.
- pecah2 kan biskut atau blend kering kemudian gaul butter yg dah dicairkan dengan orea yg dah hancur tadi
- lepas tu letak oreo dekat dalam bekas sebagai base kite yer


Bahan B(pudding coconut chocolate)

1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan santan
coklat masakan
1 penutup esen vanilla
11/2 cawan susu cair

-campurkan semua bahan dalam periuk dan masak guna double boiler.
-korang kene sentiasa kacau supaya pudding tak berketul2 yer
- lepas dah likat macam susu pekat tu, korang boleh tutup api dan biarkan die sejuk.

Bahan C

250g cream cheese tapura( boleh je guna cheese lain but I prefer this one)
3 sudu besar susu cair
non dairy whipped cream( yg ni hanin masuk ikut rasa hati.haha)

-Mixer kan cream cheese terlebih dahulu.
-lepas tu baru masuk susu cair/susu segar and the masukkan whipped cream.
-lepas tu boleh la masukkan cream ni tadi dalam bekas, di atas lapisan bahan A tadi. Then lapiskan pulak dengan bahan B. kalau cream ade lebih, lapiskan lagi dengan cream atas bahan B, terpulang pada u olls
-then hias cholotae lasagna korang tu dengan creativity memasing yer.


You Might Also Like

0 komen: