Tak Serasi

Tuesday, November 24, 2015 Zul Han Na ^_~ 0 Comments

Betul lah. Perhubungan jarak jauh ni susah sangat nak kawal. Air pasang surut, kadang kadang berombak, kadang kadang pulak terus surut langsung tak nampak airnya. Perhubungan aku dengan dia terjalin dah lama, 3 tahun nak masuk 4 tahun dah. Berapa lama sekali pun kau dalam sesebuah perhubungan tu tak memberi makna sekiranya kau tak kenal pasangan kau yg sebenarnya.

Aku dengan dia ]dah banyak kali gaduh baiknya, rasa kelakar sebenarnya sebab tak pernah sekali pun kami berbaik je. Aku dengan dia jarang jumpa sangat, setiap kali kiteorang plan nak berjumpa, mesti aku akan sakit. Macam masa raya tahun ni, dia datang dan masa tu aku demam. Lepas dapat jumpa dia baik terus demam aku. kelakar.

Bila banyak sangat gaduh memang rasa bosan, kata dia setiap kali kami gaduh asyik dia je yang beralah. Aku mengaku, aku ego, setiap kali aku mengalah, aku rasa maruah aku tercabar. Tapi tu dulu, lepas tu aku belajar jugak macam mana nak minta maaf bila buat salah, mengaku salah sendiri. Tapi sekarang, aku penat sangat. Aku tahu die pun sama. Dia minta putus sebab masa aku balik holiday, aku lebihkan family aku daripada balas msej die. Paling teruk sekali aku tak angkat call dia sebab masa tu aku dalam kereta dengan family. Aku rasa segan dengan family and tak berani sangat nak cakap dengan dia depan family. Malu sungguh. Aku salah, rupa-rupanya masa tu dia jatuh motor dan cuba nak bagitahu aku. Bersalah aku rasa. I was not a good gf and I know that. Aku tak ada masa dia susah. lepas tu dia minta putus sebab dah tak tahan dengan perangai aku. the last words yg dia bagi kat aku sangat sakit. Even kalau kau marah sangat dengan aku, yer aku faham, tapi bila dia lontarkan kata2 yang harsh macam tu, aku tak boleh terima.

So after 3 4 days, aku thought yang kami ni memang tak serasi. Gaduh baik gaduh baik sampai bila? Putus bukan jalan penyelesaian, it was a worst decision ever. Aku sentiasa doakan kebahagiaan dia walaupun dah tak ada apa apa hubungan aku berharap he gets a better person. Mungkin dia akan lebih bahagia tanpa aku. :)

Setiap perhubungan diikat dengan kasih sayang, kepercayaan, persahabatan, keikhlasan dan cinta. Mungkin kami dah tak ada semua ni dalam perhubungan, jadi sebab tu la segalanya terputus. Selamat Tinggal. 

You Might Also Like

0 komen: