perkahwinan kekasih lama

Sunday, January 24, 2016 Zul Han Na ^_~ 0 Comments

Dulu aku selalu tertanya kalau kalau dia akan jadi milik orang lain dan aku bakal menyaksikan dia bersanding di atas pelamin dengan perempuan lain. Masa tu hati aku tenang malah gelak gelak sorang sambil kata "mestilah aku akan renjis mawar sambil ucap tahniah dengan bahagia sekali untuk kebahagiaan dia". betapa dramanya aku masa tu. tak! benda tak berlaku seperti tu.

Ya. Dia akan melansungkan perkahwinannya. Dia. Orang pertama yang aku kasihi, dulu kini mungkin selamanya. Aku cuma rasa aku tak akan mampu jejakkan kaki ke majlis dia. Yer mungkin orang akan kata yang aku masih ada perasaan pada dia dan suruh aku move on atau cari kebahagiaan yang lain. wah ingat semudah tu ke.

7 Februari adalah tarikh keramat malah masa tu mungkin aku dah balik sana dan aku harus pergi ke majlis die dengan keluarga. TIDAKKK! Memang sebenarnya aku saja bagi tahu family yang aku tak dapat balik sebab aku dah start praktikal. Tup tup masa tu akan cuti chinese new year which is mahu tak mahu aku kena balik!

Takdir yang Allah dah tentukan ni mungkin nampak perit dan sakit pada mulanya tapi percayalah pada akhirnya pasti akan ada hikmah. Dia dengan pasangan dia nampak sangat menyayangi. mungkin itu lah bahagia dia yang aku doakan selama ni. itu apa yang harapkan tapi aku tak tahu kenapa sakit sungguh. semoga dia bahagia dunia dan akhirat, tak mungkin aku jejakkan kaki ke perkahwinan dia. Selamat Pengantin Baru.




You Might Also Like

0 komen: