emosi mental harus sado!

Sunday, February 14, 2016 Zul Han Na ^_~ 0 Comments

Habis sudah cuti raya cina yang seminggu tu. Aku habiskan dengan duka lara makan tidur. Malah macam2 berlaku. contohnya sabtu 13 feb si kekasih lama datang bawak isteri dia bekam. dan aku yang bekam kan. seriously dia cuba balas dendam ke macam mana sebab nampak sangat cuba bermanja manja depan aku. Sabar aje lah. aku tengok je dengan senyuman masih terukir di bibir tapi hakikat die tuhan saje lah yang tahu. Bayangkan aku tengah bekam wife dia boleh pulak dia bersimpuh sebelah wife dia, memang! tahulah dah kahwin tapi mengagak lah sikit kan.

Stop pasal tu. btw aku dekat sekolah sekarang. Semalam bila ibu ayah hantar sini sungguh rasanya aku tak nak keluar dari kereta. aku rasa nak balik rumah tak nak sambung praktikal dah. benci! but then tanggungjawab masih tanggungjawab iaitu habiskan praktikal. aku tak tahulah feeling apa yang aku rasa ni. aku rimas, stress, tak ada privasi. ada kemungkinan sebab aku tak biasa sebilik dengan insan macam rommate aku tuh. every single thing yang aku buat dia nak tahu and 24 hours dia nak bercakap kot. faham tak aku perlukan silence. aku perlukan masa sunyi aku. privasi aku. dia pulak asyik bertanya dan nak start conversation. dia tak tahu ke tak semua orang suka bercakap 24 jam. aku diam. aku rimas. aku ergh nak bilik aku sendiri. sebenarnya aku rasa sangat diri aku ni tak matured sebab abru bednda sikit macam ni aku dah tak boleh nak kawal keadaan dan give up. sangat childish! sebab aku tak ada tempat nak luah nak nangis bagai. semalam bila aku contact  ibu, itu pun dia nak tahu malah siap paksa aku. ehh suka hati lah nak bagi tahu ke tak nak kan. perlu ke paksa. privasi aku kot. tahu tak kenapa aku tak boleh nak lepas kan apa yang aku rasa kat dia?yer sebab dia banyak tolong aku jugak. hmm nasib badan. ada lagi 3 bulan untuk bertahan

well bercakap pasal GP aku. sudah lah aku stress, dia kata muka aku macam nak nangis padahal aku tahu yg rommate aku tu yang bagi tahu pasal aku kat die. brr. benci. tapi tak apalah, sebab GP aku tu oke orangnya. malah dia siap pujuk aku. perasaan bercelaru sekarang ni. perut kosong. mood makan tak ada. okay lah. bye. wish me a better day and life. cepat lah habis praktikal. tak tahan dah!

You Might Also Like

0 komen: