Nervous-Praktikal Day 1

Thursday, February 04, 2016 Zul Han Na ^_~ 0 Comments

1st Februari 2016.
Sk MS. Sinilah aku lapor diri masa first day. Sangat nervous sebab aku buat pertama kali bakal berkerja dengan orang dan aku kena redha dengan segala nasihat cacian mahupun makian.

First masuk tu terus ke pejabat, memang cantik lah sekolah dia walaupun sk kampung. Pentadbir pun semua perempuan. Lelaki berapa kerat je dekat sekolah ni. okay first thing first aku dapat GP perempuan meanwhile housemate aku dapat lelaki. Cuak mula mula sebab takut sangat. Selalunya kan perempuan lebih strict.

Tak da ape pun berlaku lepas tuh. So first day ROS (Rancangan Orientasi Sekolah) kena merayau2 kenal2 dengan cikgu. Rasa awkward lah teramat sebab aku bukan jenis ramah sangat dengan orang tua. Melainkan kalau aku dah selesa dengan someone tuh takpe la. But housemate aku tu sangat la peramah orangnya. Jeles aku tengok dia sebab dengan semua orang dia boleh masuk ada je yg dia nak tanya and bualkan malah semua orang selesa dengan dia.

Okay. Makanan kantin pun sangat lah sedap malah murah lagi. entah kenapa tiba tiba masuk topik makanan kan.

Bercakap pasal penempatan pulak. Aku dengan 3 orang housemates duduk kat Puncak Alam jalan astana alam blok cindai tangga 4. Ha full address kan. Lagi 2 orang housemates aku tuh indian so aku agak cuak jugak sebab aku tak pernah duduk serumah dengan non muslim so aku takut kalau aku muntah bau stanggi die tuh yg aku tersangat lah alergik. First day, memang aku dah tak tahan, aku spray banyak2 penyembur dalam bilik, baca al-Quran malah bukak al-Quran masa tidur. Bayangkan! Takut pun yer apa2 jadi kan. Kami terdesak sangat dah tak ada rumah sewa sampai duduk rumah dengan indian pun tak apa. That rumah was bad. Sudah la tingkat 4, dan tingkat ke 4 tu kami je yg tinggal situ. Tempat buang sampah jauh. mesin basuh rosak, tak de ruang sidai baju. coverage langsung tak ade. tapi satu je aku suka-lipas tak de.



You Might Also Like

0 komen: