Pengalaman ke Sunway Lagoon!

Thursday, March 09, 2017 Zul Han Na ^_~ 0 Comments



It was the best theme park I've ever went! Okay maybe it is because I've didnt try Legoland yet. 

4/3/2017 Kami berempat yer yang di atas tuh pergi ke Sunway Lagoon Malaysia. Percutian ni aku dah rancang seminggu awal dan macam biasa aku akan jadi travel manager yg akan manage dari ticket sampai ke pakaian pergi balik on cost semua. 

Pasal ticket: 

Mula mula aku survey dekat 11thstreet sebab once my friend told me that ticket can be cheaper there. unfortunately, aku dissapoint gila ada satu agency nih, aku survey dia jual harga dengan RM64 dan aku sangat teruja malah terus ws org berkenaan. Kata nya offer masih on dengan price yang sama. Dan esok bila aku bukak balik..can you imagine? dia naikkan harga dengan RM77 campur add fees ape semua RM88 dan aku sangat kecewa. so aku cancel. Akhirnya setelah penat survey dengan macam2 seller yg macam2 perangai layan tak layan, aku jumpa jugak ticket yg tak jauh harga sebenarnya tapi servis yang sangat tip top di ig @borong_uss_tiket. 


Perjalanan:

Aku orang Melaka yer dan kawan2 aku semua area KL. Aku dari KTM pukul 8.17 am dan masa tuh KTM nak gerak pukul 8.19 am. Aku berlari bagai nak gila sampai kene marah dengan pakcik KTM sebab die kata aku yg lambat kenapa aku nak desak die suruh cepat.kiranya macam benda tu salah aku lah. Dan aku memang selalu tak puas hati dengan pekerja KTM ni yang tak boleh langsung berbudi bahasa dengan pelanggan dan kau tahu tak kau tu kerja dengan orang awam dan masyarakat di maan kau perlu memberikan servis yang paling baik! kan aku dah bebel.  akhirnya kami berjumpa di KL sentral pukul 11 macam tu dan waktu memang dah lari habis. sebab aku target aku dah ade depan sunway masa dia belum bukak lagi (sunway bukak pukul 10.00).

Tunggu Farah punye pasal, kiteorang makan dulu. Bila si Farah dah sampai, kiteorang cari pintu keluar ke Kl Central tu. Dan Farah parking kat tempat dia tak sepatutnya parking dan aku dah gelabah gilaaa sebab dia suruh kiteorang pergi dekat die cepat sedangkan dekat situ hanya ada pagar besi dan tak ada jalan keluar. At last, kami buat kerja gila dan aku harap benda tu biasa pada orang KL yer. Aku bertiga panjat tiang besi dekat situ dengan menyangka tak ada sesiapa nampak kami. Bila toleh balik my gadd, cermin gelap tu rupanya orang dalam boleh nampak kami. fine forget that humiliating time.and also fun.

Dah Sampai!:

Eksaited sangat bila dah sampai sebab ape? Sebab Tak ramai orang~~! First sekali korang jangan lupa bawak IC yer, sebab masa tu aku lupa bawak IC. Bila sampai jer kalau dah zohor koang boleh terus solat sebab masuk je sunway akan ada macam jambatan yg dekat dengan Scream Park tuh, situ lah bilik solat yg agak tersembunyi.

Scream House:

Wajib masuk guys. masa ni memang agak makan masa sebab kengkawan aku nak letak bag dulu dekat locker sebab berat katanya! no, jangan. kalau korang rasa bag korang masih boleh lagi usung ke rumah hantu tu, silalah usung yer, sebab locker dan tempat tadi agak jauh dan penat kalau nak patah balik. Aku takut gile masa kat rumah hantu tu sebab sepanjang aku tunggu kawan aku datang, aku tengok orang yg keluar dari rumah hantu semua menjerit sangat sampai ada yang nangis! Bila masuk aku pegang baju kawan aku. Tapi masuk secara kumpulan besar dan campur dengan orang yg kau tak kenal. so kurang sikit la takutnya. Aku ada kawan yg pelik korang, dieorang langsung okay tak takut! malah macam dieorang pergi shopping mall.. siap gelak2 lagi. aku punyelah tak angkat muka. tapi serious menyesal aku tak tengok sebab dah last tu baru aku gelak, lah tak seram pun! konon kan?

Kapal:

Aku rasa ni yang paling wow! kapal yg ada dekat fun fair, Time Square semua tu, tapi dekat Sunway ni lain macam sikit. Kalau siapa rasa tak kuat jantung tuh, silalah cuba! Best gile. sangat fun

Vuvuzela:

paling seronok sekali ini lah dia kan.. semua orang akan cakap benda yg sama dan dengar cerita dekat afamosa pun dah ade tapi x seseronok swunway punya sebab aku dah tengok daa..tak laju pun..

Makan:

Makanan dalam situ memang expensive sangat. kami tak makan bnyak pun. sebab masing2 tak lapar and I dont know why sebab selalunya aku akan starving tahap sangat sangat la bila main air nih.

Apa lagi yer? tak larat nak menaip okay itu sahaja kenangan kita

You Might Also Like

0 komen: